Sunday 29 January 2012

Beadings.......

Puan Wahidah intensely immersed herself in basic individual beading class last Saturday.
Before we call it a day, in a great surprise, we discovered that she actually is a close relative to Hubby.
It is a small world indeed, in large family tree!

Saturday 28 January 2012

What's on the shelves

ADR'S Studio is also having bag and purse products handsewn from SCLover Collection displayed on its shelves.

Sunday 22 January 2012

Puan Wanti

A set for Puan Wanti, a gift to her 9 month old grandson.
Not a usual standard baby crib size, to suits the growing boy.....

Thursday 19 January 2012

Syamsinar

Pamiran telah berlangsung sejak 1 Januari 2012 di lobby ground level UKIR Mall untuk semua peniaga termasuk lah kdee..... yet kdee kena juga uruskan jahitan dan langsaikan tempahan on the second level of my studio.

As a one womanshow, time is precious to me. My juggling along with all chores and errands and to comply with all sorts of requirements so on and so forth make my each day shorten by few hours it seems. I love and enjoy every minute of enduring my ordeals to the fullest....though :)


......and managed this for
Shamsinar, a complete
set and a usual gift of love for her and baby.....

They are of the same strawberry and yet another is coming along the way... :D

Wednesday 18 January 2012

All, just white

An activity just to get these done, stuffing in the kapok (kekabu) ripped off my two solid days. Few of baby crib sets, four to be exact.
All have their ownership and will soon be collected.

Sunday 15 January 2012

Partly Me

Bukan keluh kesah yang nak disebarkan disini.... tapi hakikat yang kdee hadapi sejak studio beroperasi, banyak telah merentap semua masa santai kdee. Ini lah satu pengorbanan......!

2 buah diaper stacker ini telah lama siap dan ada beberapa produk jahitan lagi yang memang tak sempat nak dirakamkan.... Kdee kena atur masa untuk diri sendiri dan kerja. Tapi buat masa ini tumpuan masih menyebelahi pihak studio....

Terima kasih untuk Hubby yang amat membantu dan memahami isteri nya yang sekarang jarang berada di rumah ditambah pula dengan kerja-kerja amal yang menuntut perhatian....

Semoga kasih sayang Hubby, anak-anak dapat membakar semangat....... serta kekuatan iman dan kesihatan disalurkan dari Nya untuk kdee..... Aaminn

Tuesday 10 January 2012

Some visitors

Kelmarin, sedang kdee sembang2 kosong waktu rehat dengan seorang kawan, saudara, blog reader yang fanatic ngan blogging tapi tak ada blog :), SYAM, kdee terima panggilan yang dihujung talian nya terdengar suara yang lemak merdu nak berkunjung ke studio....

Sila teka siapa kah gerangan sicantik manis bertudung unggu tu....... dan disebelah beliau ialah Syam....... Walau pun hanya hampir sejam dapat berbual dan banyak bertukar maklumat kami rasa banyak perkara yang bolih kami lakukan bersama selain menjahit........!

Sukanya kdee jumpa dan berkenalan dan bertentang mata dengan beliau.....GREAT!
Yes, she is just two blocks away from my studio ...... ??????????....... !!

Sunday 8 January 2012

Kelas asas menjahit manik dan labuci

Pada 7 Jan yang baru lalu studio telah bertukar wajah menjadi kelas jahitan. Susun punya susun kdee dapat sediakan 24 tempat untuk peserta.


Bermula jam 9 pagi studio di huni olih beberapa pemanik yang tekun belajar menjahit manik. kdee ni tak berapa pandai memanik tapi kdee ada asas menjahit manik dan di salurkan kepada yang berminat. Jadi kelas sulung telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu seramai 20 orang peserta.

Alhamdulillah semua berjalan lancar......

Monday 2 January 2012

ADR'S kraft STUDIO

AsSalam. Selamat menyambut Tahun 2012......

Kdee dengan rendahati ingin merakamkan sarang kreatif yang kdee baru bina yang telah lama kdee impikan. Walaupun tidak lah seberapa tapi kdee amat gembira dapat serba sedikit mengapai impian untuk memiliki sebuah studio kecil dengan harapan dapat memerah inspirasi dan ilham untuk kepuasan diri dan juga berkongsi dengan sesiapa yang sudi singgah di sini......Silakan.

Gambaran dari lobby kearah premis yang kdee sewa ini.... masih dalam proses dekorasi dan signage pun masih dalam perbincangan. Anda nampakkan katil bayi tu. kdee buru rata tempat ..... kdee bertuah, adik ipar (thanks, Arif) beri ia pada kdee dan Hubby sapu cat putih dan baik pulih. Suka sangat...nnti nak hias dan pakaikan skirt kat bawah katil.

Bunga rumput hutan yang di keringkan tu dari hasil Hubby yang memang gemar dengan alam semula jadi......


Kalau anda datang ziarah, kdee akan nampak anda masuk dari sudut jahitan . Disini nanti akan disusun meja dan kerusi untuk apa-apa aktiviti. Rak yang banyak ruang-ruang kosong sekarang ni di huni olih koleksi kdee saja.... bila nak penuh yer.


Sekumpulan mesin jahit dan peralatan, meja kerja tempat perbincangan, melakar, memilih fabrik dari rak sebelah dan sebagainya mengenai jahitan...atau untuk sembang2 kosong, pun bolih, sambil kdee terus bertugas :)


Sudut ni seakan entertainment corner dan tv comel akan berhijrah dari rumah menemani kdee kelak.... dan tergantungnya beberapa helai quilt....., design wall dan koleksi x-stitch nak gantung kat mana?

Kalau masuk nampak ni..... kdee tak berapa gembira dengan back drop tu.... bidai dan sebagainya tu...nampak serabut. Ingat nak tukar guna langsir atau blind. Lagi pun fabrik di tepi tu dapat haba yang agak serius pada waktu pagi...sebelah matahari naik....walaupun bagus sebagai ventilation dan air flow yang baik.
Tapi di sudut ini kdee gembira sangat, pertama kali dapat menjahit di tepi tingkap dan dapat lihat kesesakan lalulintas dibawah tu....dan yang best sekali ada natural lighting!


Antara fabrik yang harus digunakan dan dihabiskan..... yang lain ada dalam kotak plastik disebalik gerobok tu.... :) Tempat menggosok.....penggosok comel yang comot.... nnti kdee bubuh baju baru.
Pejabat kecil tempat untuk selesaikan masaalah kewangan dan urusan perniagaan yang baru belajar merangkak ni... rak yang kosong di tepi kerusi MERAH tu akan dipenuhi kain felt yang akan sampai dari CIKKEMA, sabar.
Quilt yang dah siap untuk koleksi sendiri dan susunan quilt top yang harus diselesaikan... bila yer?
Hish, bila nak bawa masuk pc atau laptop kat sini.... line phone pun tak ada lagi..hmmmm!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari masa ke masa kdee akan kemaskini...sebagai rakaman bahagia dan indah dalam hidup kdee dan generasi kdee yang akan datang.... dan juga anda yang sudi singgah....... InsyaAllah

P/S Terima kasih dari kdee yang tidak terhingga pada semua yang memberi perangsang, kata-kata berhikmah dan memberi semangat untuk kdee melangkah lebih yakin. Setiap nasihat dan dorongan akan kdee jadikan pedoman untuk lebih cekal menghadapi dunia perniagaan yang memerlukan kesabaran, kekuatan mental dan fisikal ini. Doakan kdee bolih merangkak, bertatih dan seterusnya melangkah...... kdee amat memerlukan semangat dan doa semua...... dari suami, anak-anak, keluarga dekat dan jauh dan sahabat handai.......besar atau sekecil mana pun bantuan dan kata-kata nasihat dan pendapat anda amat kdee hargai........ Terima kasih.