Banyak sangat perkara yang mencabar sejak kebelakangan ini. Kadang -kadang tak terbuat dek terasa pendek nya waktu dan lelah nya diri kDee ini..... Tapi kDee mesti kuatkan semangat dan mesti tabah.... walau apa pun.........!!
Justeru kDee harus buat sesuatu untuk perbaiki diri dan motivasi untuk kesejahteraan minda dan fikiran. KDee dah melangkah sedikit kedepan dengan mencuba sesuatu yang agak drastik dan agak berisiko.
Langkah demi langkah kDee telah ambil dan akhir nya kDee telah berjaya mendapatkan sebuah tempat untuk sambung hobi menjahit kDee yang dah jadi huruhara di rumah sendiri.
KDee dapat menyewa sebuah lot di sebuah Mall kepunyaan PKNK untuk kDee terus berkarya dengan fabrik kDee yang semakin menimbun tu...... Aduh, ni kDee kena kuat kerja ni.... double or triplekan kekuatan diri dan mental untuk berjaya.......
Tapi kadang-kadang terasa kDee kesaorangan jer........... walau pun ada gerakkan tapi terasa semua macam dalam paksaan dan amat perlahan........ Tak pe laaa ........ Harap-harap keluarga dan kawan-kawan dapat bagi moral support, satu perkara yang amat kDee kehendaki sekarang!
Ahadiah, kuatkan diri dan cekalkan hati.... jangan mengalah. InsyaAllah!!!!!
Dah bayar semua yang perlu dibayar dan dah ada kunci di tangan..... well?????
KDee akan update perkembangan studio kecil ini...... Insyaallah.

12 comments:
kak... dah ada kedai.. tahniah !!! seronoknya kan... lokasi kat mana kak? AS kat area mana tu.. dekat2 stesyen bas tu ?kalau dekat , bleh selalu jengak akak kat kedai tu...tahniah akak..semoga murah rezki n diberkati..
assalammualaikum k dee
bestnya k dee, teruskan berkarya dan mencantikkan studio k dee tu nanti.... mesti marvellous, k dee memang boleh, shima kat sini doakan semoga k dee berjaya dan dipermudahkanNya... amin
Congratulations KDee..Langkah yang bijak dan mencabar diri sendiri.Saya doa kan kejayann bagi KDee...Banyak2 bersabar dalam dunia yang baru ni..GO KDee,Go,Go,Go....
Tahniah kak D.. anda telahpun selangkah kehadapan, dan ada ribuan langkah lagi menunggu, moga terus berjaya ok
salam...
good luck kak, bukan senang utk melangkah ke depan.. tak semua org sanggup tinggalkan comfort zone :)
Tahniah K.Dee, satu peningkatan yang amat memerlukan keazaman yang bukan calang-calang orang sanggup untuk melakukannya. Semoga studio K.Dee dapat saya kunjungi satu hari nanti.
congrats KDee. Blh singgah k sana. KDee x pelawa pon, ttp nk pi... hehehe...;D All d best! Millions of doors open just because of that one step! Yakin blh!
Kak dee, congrats to you..sal doakan kak dee akan maju jaya...memang adakalanya motivasi diri kita turun naik kak..itu biasa..berdoalah tidak putus2 pada allah kak untuk ia membantu kita didalam urusan kita..insyallah kak..
Wow Kak Dee! Ucapan tahniah dan syabas untuk Kak Dee!
Kami sentiasa doakan kejayaan studio Kak Dee ini..
PKNK tu kat aloq staq ka? aish.. hati makin teruja nak ke sana nih.. hehe..
Semoga segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.. Amin...
:)
congrats kak dee..
AsSalam semua..... terharu kDee baca comments dan kata2 pendorong .... memberikan satu semangat dan kekuatan untuk meneruskan apa yang telah lama kDee impikan.... Terima kasih semua.
Studio mini kDee berkonsepkan workshop dan banyak kearah memberi pembelajaran dan kelas kraf untuk semua peringkat. kDee akan mengajar sendiri mana yang dlm bidang kDee atau akan mengambil tutur untuk specific programe yang diperlukan. Apa bidang sekali pun kecuali masakan...sebab dalam lot/studio kDee ni tiada bekalan air. Baking ok ker? Sekarang kDee masih menunggu bekalan elektrik di sambungkan.
KDee juga buka untuk sewaan pada sesiapa yang memerlukan ruang untuk membuat kelas di sekitar bandar Alor Setar, kebetulan Dataran Usahawan yang berkonsepkan Mall ni memang di tengah2 pekan A/Setar. Ruang kelas dilengkapkan dengan meja/kerusi untuk maximum 30 peserta. Di buka pada setiap hari dari jam 10pg hingga 10mlm..... Beroperasi sepenuhnya pada awal Disember 2011.
Sekarang masih dalam proses penyudahan ruang tutorial dan floor rendering, kelengkapan pejabat kecil dan sudut jahitan KDee.
Juga kDee alu2kan pada sesiapa yang ingin mempamir dan menjual handmade produk/kits atau anything craft related di studio ni... KDee nak share ngan sesiapa yang berminat.
From time to time kDee akan update perkembangan terkini studio ini. KDee juga harapkan kawan2 dapat memberi ideas dan pandangan dan tunjuk ajar pada kDee.... ramai yang mahir dalam bidang perniagaan .... KDee berbesar hati kalau dapat menimba ilmu dari sesiapa saja yang ingin membantu kDee menjayakan studio ini.....
Terima kasih semua dengan sokongan dan kata2 perangsang yang amat kDee hargai....... :)
tahniah...KakDee pakai mesin jahit apa ye...sy tgh survey, ingt nk amik brother nv50...sy beginner
kakdee tau x klas menjahit kraf kat sg. petani?
Post a Comment