Showing posts with label STUDIO. Show all posts
Showing posts with label STUDIO. Show all posts

Friday, 22 February 2013

Bag some Bags

Puan Noor 'Aini  was at ADR'S studio for few days hoping to learn bag making. She completed 3 bags in just few days time and I knew that she just can't stop sewing one after another.... 
One of my best student!  


I missed taking another small cosmetic bag she did during the last day of her project... :(
Here goes the picture of the lovely bag she sent me recently.... Tq Noor 'Aini
Selamat bersara Puan Noor 'Aini dan selamat berjuang di bilik jahitan Puan.

Wednesday, 31 October 2012

TEH was loaded again!

This quilt top was on Teh for about a month now. As a runaway project it has to bear with my schedule... :)
Just my second piece on this frame using the device provided for the quilting design.... and hoping the next one will be on at no time...... pray hard!!!!

Thursday, 18 October 2012

ADR'S Signage Installed


Latest signage was up recently and designed by Hubby...... Love it!

Wednesday, 9 May 2012

TEH with two cousin

Darr came home on 1st of May. She lent me a pair of helping hand and I was a bit relieved then. And at the same time she had fun to test drive TEH with Najwa in the Studio. 
They are both an awesome cousin sisters.....

Monday, 9 April 2012

TEH was loaded finally....

My first quilt top was loaded on the frame a week ago. A little had just been quilted on and as I could not concentrate on Teh (I named her) but will constantly be doing so as a runaway project :)

Wednesday, 14 March 2012

Finally, things went on smoothly and I took the bundle of my joy back to Alor Setar and let her has a good home at my studio. Will update accordingly!

Wednesday, 1 February 2012

Cahaya....

Hujung minggu yang lalu Kdee pujuk Hubby pasang rel dan gantungkan langsir untuk elak daripada cahaya pagi yang agak terik dari merosakkan kain simpanan. Masih juga terasa bahang nya menembusi langsir tu. Sebenar nya langsir tu telah lama kdee beli, lebih 16 tahun dan fabrik masih elok dan tidak luntur warna. Ia tak sesuai saiz nya di rumah setelah pengubahsuaian di ruang tamu sejak setahun lalu.

Kdee dah cuba tutup cermin tingkap dengan kertas hitam, alahai tak nampak luar la pulak..... Pandangan di luar tu walau pun tak berapa cantik (bangunan PERUDA yang usang) pada waktu petang, kdee nak tengok juga dunia luar......sebelum senja berlabuh.

Rose (Nykolett Curtains & Soft Furnishing) ada beri pandangan yang bernas di entri yang lalu, tapi kdee nak jimat belanja sikit dan tidak membeli yang baru.
Kain shear untuk set tu ada (tak pasang)...rasa nya tidak juga membantu menghalang
cahaya terik tu...... :(

Adakah kdee kena juga berbelanja untuk langsir atau blind yang baru.......?

Saturday, 28 January 2012

What's on the shelves

ADR'S Studio is also having bag and purse products handsewn from SCLover Collection displayed on its shelves.

Sunday, 8 January 2012

Kelas asas menjahit manik dan labuci

Pada 7 Jan yang baru lalu studio telah bertukar wajah menjadi kelas jahitan. Susun punya susun kdee dapat sediakan 24 tempat untuk peserta.


Bermula jam 9 pagi studio di huni olih beberapa pemanik yang tekun belajar menjahit manik. kdee ni tak berapa pandai memanik tapi kdee ada asas menjahit manik dan di salurkan kepada yang berminat. Jadi kelas sulung telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu seramai 20 orang peserta.

Alhamdulillah semua berjalan lancar......

Monday, 2 January 2012

ADR'S kraft STUDIO

AsSalam. Selamat menyambut Tahun 2012......

Kdee dengan rendahati ingin merakamkan sarang kreatif yang kdee baru bina yang telah lama kdee impikan. Walaupun tidak lah seberapa tapi kdee amat gembira dapat serba sedikit mengapai impian untuk memiliki sebuah studio kecil dengan harapan dapat memerah inspirasi dan ilham untuk kepuasan diri dan juga berkongsi dengan sesiapa yang sudi singgah di sini......Silakan.

Gambaran dari lobby kearah premis yang kdee sewa ini.... masih dalam proses dekorasi dan signage pun masih dalam perbincangan. Anda nampakkan katil bayi tu. kdee buru rata tempat ..... kdee bertuah, adik ipar (thanks, Arif) beri ia pada kdee dan Hubby sapu cat putih dan baik pulih. Suka sangat...nnti nak hias dan pakaikan skirt kat bawah katil.

Bunga rumput hutan yang di keringkan tu dari hasil Hubby yang memang gemar dengan alam semula jadi......


Kalau anda datang ziarah, kdee akan nampak anda masuk dari sudut jahitan . Disini nanti akan disusun meja dan kerusi untuk apa-apa aktiviti. Rak yang banyak ruang-ruang kosong sekarang ni di huni olih koleksi kdee saja.... bila nak penuh yer.


Sekumpulan mesin jahit dan peralatan, meja kerja tempat perbincangan, melakar, memilih fabrik dari rak sebelah dan sebagainya mengenai jahitan...atau untuk sembang2 kosong, pun bolih, sambil kdee terus bertugas :)


Sudut ni seakan entertainment corner dan tv comel akan berhijrah dari rumah menemani kdee kelak.... dan tergantungnya beberapa helai quilt....., design wall dan koleksi x-stitch nak gantung kat mana?

Kalau masuk nampak ni..... kdee tak berapa gembira dengan back drop tu.... bidai dan sebagainya tu...nampak serabut. Ingat nak tukar guna langsir atau blind. Lagi pun fabrik di tepi tu dapat haba yang agak serius pada waktu pagi...sebelah matahari naik....walaupun bagus sebagai ventilation dan air flow yang baik.
Tapi di sudut ini kdee gembira sangat, pertama kali dapat menjahit di tepi tingkap dan dapat lihat kesesakan lalulintas dibawah tu....dan yang best sekali ada natural lighting!


Antara fabrik yang harus digunakan dan dihabiskan..... yang lain ada dalam kotak plastik disebalik gerobok tu.... :) Tempat menggosok.....penggosok comel yang comot.... nnti kdee bubuh baju baru.
Pejabat kecil tempat untuk selesaikan masaalah kewangan dan urusan perniagaan yang baru belajar merangkak ni... rak yang kosong di tepi kerusi MERAH tu akan dipenuhi kain felt yang akan sampai dari CIKKEMA, sabar.
Quilt yang dah siap untuk koleksi sendiri dan susunan quilt top yang harus diselesaikan... bila yer?
Hish, bila nak bawa masuk pc atau laptop kat sini.... line phone pun tak ada lagi..hmmmm!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari masa ke masa kdee akan kemaskini...sebagai rakaman bahagia dan indah dalam hidup kdee dan generasi kdee yang akan datang.... dan juga anda yang sudi singgah....... InsyaAllah

P/S Terima kasih dari kdee yang tidak terhingga pada semua yang memberi perangsang, kata-kata berhikmah dan memberi semangat untuk kdee melangkah lebih yakin. Setiap nasihat dan dorongan akan kdee jadikan pedoman untuk lebih cekal menghadapi dunia perniagaan yang memerlukan kesabaran, kekuatan mental dan fisikal ini. Doakan kdee bolih merangkak, bertatih dan seterusnya melangkah...... kdee amat memerlukan semangat dan doa semua...... dari suami, anak-anak, keluarga dekat dan jauh dan sahabat handai.......besar atau sekecil mana pun bantuan dan kata-kata nasihat dan pendapat anda amat kdee hargai........ Terima kasih.

Monday, 26 September 2011

Studio... under construction

AsSalam semua..... terharu kDee baca comments dan kata2 pendorong .... memberikan satu semangat dan kekuatan untuk meneruskan apa yang telah lama kDee impikan.... Terima kasih semua.

Studio mini kDee berkonsepkan workshop dan banyak kearah memberi pembelajaran dan kelas kraf untuk semua peringkat. kDee akan mengajar sendiri mana yang dlm bidang kDee atau akan mengambil tutor untuk specific programe yang diperlukan. Apa bidang sekali pun kecuali masakan...sebab dalam lot/studio kDee ni tiada bekalan air. Baking ok ker? Sekarang kDee masih menunggu bekalan elektrik di sambungkan.

KDee juga buka untuk sewaan pada sesiapa yang memerlukan ruang untuk membuat kelas di sekitar bandar Alor Setar, kebetulan Dataran Usahawan yang berkonsepkan Mall ni memang di tengah2 pekan A/Setar. Ruang kelas yang berada di second level (SL10) dilengkapkan dengan meja/kerusi untuk maximum 30 peserta. Di buka pada setiap hari dari jam 10pg hingga 10mlm..... Beroperasi sepenuhnya pada awal Disember 2011 atau seawal mungkin.

Sekarang masih dalam proses penyudahan ruang tutorial dan floor rendering, kelengkapan pejabat kecil dan sudut jahitan KDee.

Juga kDee alu2kan pada sesiapa yang ingin mempamir dan menjual handmade produk/kits atau anything craft related di studio ni... KDee nak share ngan sesiapa yang berminat.

From time to time kDee akan update perkembangan terkini studio ini. KDee juga harapkan kawan2 dapat memberi ideas dan pandangan dan tunjuk ajar pada kDee.... ramai yang mahir dalam bidang perniagaan .... KDee berbesar hati kalau dapat menimba ilmu dari sesiapa saja yang ingin membantu kDee menjayakan studio ini.....

Terima kasih semua dengan sokongan dan kata2 perangsang yang amat kDee hargai....... :)

Friday, 23 September 2011

Selangkah Ke Depan

Banyak sangat perkara yang mencabar sejak kebelakangan ini. Kadang -kadang tak terbuat dek terasa pendek nya waktu dan lelah nya diri kDee ini..... Tapi kDee mesti kuatkan semangat dan mesti tabah.... walau apa pun.........!!

Justeru kDee harus buat sesuatu untuk perbaiki diri dan motivasi untuk kesejahteraan minda dan fikiran. KDee dah melangkah sedikit kedepan dengan mencuba sesuatu yang agak drastik dan agak berisiko.

Langkah demi langkah kDee telah ambil dan akhir nya kDee telah berjaya mendapatkan sebuah tempat untuk sambung hobi menjahit kDee yang dah jadi huruhara di rumah sendiri.

KDee dapat menyewa sebuah lot di sebuah Mall kepunyaan PKNK untuk kDee terus berkarya dengan fabrik kDee yang semakin menimbun tu...... Aduh, ni kDee kena kuat kerja ni.... double or triplekan kekuatan diri dan mental untuk berjaya.......

Tapi kadang-kadang terasa kDee kesaorangan jer........... walau pun ada gerakkan tapi terasa semua macam dalam paksaan dan amat perlahan........ Tak pe laaa ........ Harap-harap keluarga dan kawan-kawan dapat bagi moral support, satu perkara yang amat kDee kehendaki sekarang!

Ahadiah, kuatkan diri dan cekalkan hati.... jangan mengalah. InsyaAllah!!!!!

Dah bayar semua yang perlu dibayar dan dah ada kunci di tangan..... well?????

KDee akan update perkembangan studio kecil ini...... Insyaallah.