Monday, 2 January 2012

ADR'S kraft STUDIO

AsSalam. Selamat menyambut Tahun 2012......

Kdee dengan rendahati ingin merakamkan sarang kreatif yang kdee baru bina yang telah lama kdee impikan. Walaupun tidak lah seberapa tapi kdee amat gembira dapat serba sedikit mengapai impian untuk memiliki sebuah studio kecil dengan harapan dapat memerah inspirasi dan ilham untuk kepuasan diri dan juga berkongsi dengan sesiapa yang sudi singgah di sini......Silakan.

Gambaran dari lobby kearah premis yang kdee sewa ini.... masih dalam proses dekorasi dan signage pun masih dalam perbincangan. Anda nampakkan katil bayi tu. kdee buru rata tempat ..... kdee bertuah, adik ipar (thanks, Arif) beri ia pada kdee dan Hubby sapu cat putih dan baik pulih. Suka sangat...nnti nak hias dan pakaikan skirt kat bawah katil.

Bunga rumput hutan yang di keringkan tu dari hasil Hubby yang memang gemar dengan alam semula jadi......


Kalau anda datang ziarah, kdee akan nampak anda masuk dari sudut jahitan . Disini nanti akan disusun meja dan kerusi untuk apa-apa aktiviti. Rak yang banyak ruang-ruang kosong sekarang ni di huni olih koleksi kdee saja.... bila nak penuh yer.


Sekumpulan mesin jahit dan peralatan, meja kerja tempat perbincangan, melakar, memilih fabrik dari rak sebelah dan sebagainya mengenai jahitan...atau untuk sembang2 kosong, pun bolih, sambil kdee terus bertugas :)


Sudut ni seakan entertainment corner dan tv comel akan berhijrah dari rumah menemani kdee kelak.... dan tergantungnya beberapa helai quilt....., design wall dan koleksi x-stitch nak gantung kat mana?

Kalau masuk nampak ni..... kdee tak berapa gembira dengan back drop tu.... bidai dan sebagainya tu...nampak serabut. Ingat nak tukar guna langsir atau blind. Lagi pun fabrik di tepi tu dapat haba yang agak serius pada waktu pagi...sebelah matahari naik....walaupun bagus sebagai ventilation dan air flow yang baik.
Tapi di sudut ini kdee gembira sangat, pertama kali dapat menjahit di tepi tingkap dan dapat lihat kesesakan lalulintas dibawah tu....dan yang best sekali ada natural lighting!


Antara fabrik yang harus digunakan dan dihabiskan..... yang lain ada dalam kotak plastik disebalik gerobok tu.... :) Tempat menggosok.....penggosok comel yang comot.... nnti kdee bubuh baju baru.
Pejabat kecil tempat untuk selesaikan masaalah kewangan dan urusan perniagaan yang baru belajar merangkak ni... rak yang kosong di tepi kerusi MERAH tu akan dipenuhi kain felt yang akan sampai dari CIKKEMA, sabar.
Quilt yang dah siap untuk koleksi sendiri dan susunan quilt top yang harus diselesaikan... bila yer?
Hish, bila nak bawa masuk pc atau laptop kat sini.... line phone pun tak ada lagi..hmmmm!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari masa ke masa kdee akan kemaskini...sebagai rakaman bahagia dan indah dalam hidup kdee dan generasi kdee yang akan datang.... dan juga anda yang sudi singgah....... InsyaAllah

P/S Terima kasih dari kdee yang tidak terhingga pada semua yang memberi perangsang, kata-kata berhikmah dan memberi semangat untuk kdee melangkah lebih yakin. Setiap nasihat dan dorongan akan kdee jadikan pedoman untuk lebih cekal menghadapi dunia perniagaan yang memerlukan kesabaran, kekuatan mental dan fisikal ini. Doakan kdee bolih merangkak, bertatih dan seterusnya melangkah...... kdee amat memerlukan semangat dan doa semua...... dari suami, anak-anak, keluarga dekat dan jauh dan sahabat handai.......besar atau sekecil mana pun bantuan dan kata-kata nasihat dan pendapat anda amat kdee hargai........ Terima kasih.

26 comments:

SCLover said...

kak.... tahniah... alhamdulillah.tumpang seronok tengok studio nih..semoga di permdahkan urusannya nanti .insyaallah... "saya akan sampai" ..akak tunggu :)..

NYKOLETT said...

wow,wow,wow..KDee..tahniah..cantik studio nye..ambil masa lama nak melengkapkan studio tu ya.Tapi berbaloi2 the long wait..Yang bahagian rotan blind tu bole lah letak roman blind guna fabik kain..Letak pulak a single aluminium trek behind the roman blind system to hold pulak the day curtain sheers..mesti manis...selamat berkarya di studio baru ni ya!

shima said...

tahniah k dee
cantik, bersih dan kemas serta luas, semoga impian k dee berjaln dengan lancar dan suksess selalu...

Nurhayathxcy J. said...

Assalammualaikum Kak Dee :D how are youuuu? Saya Hayati, hopefully Kak Dee ingt saya lagi. I miss reading about your quilt adventure. Anyway I've been lurking around Kak Dee's blog recently and today after reading this post, I have to leave a comment because I'm very happy to find out that you're opening a quilt studio! Tahniah Kak Dee! The studio's looking goooood with all the beautiful quilt display. I wish I can come and visit one day inshaAllah. All the best to you Kak :) Oh oh one quick question, will you be selling quilt fabric, supplies and all that? I'm so excited!

CikTie said...

bestnya tengok studio kak Dee ni... tahniah!

Mila@Rimbun said...

Tahniah kakdee...moga terus maju jaya hendaknya. Insyallah kalau ke utara nanti2 akan singgah disini..

suzie said...

bestnyer....

Suzie said...

Tahniah Kak Dee.bestnya ...suka la tengok ....nak juga macam ni tapi x tahu la ...

vita said...

Waah.. Kak Dee, bagus sekalii, sangat nyaman (bhs Mly = seronok ya ?) pastilah banyak yang akan senang singgah di Kraft studio ini..
Congrats ya Kak Dee.. semoga sukses selalu..

umi eca said...

Tahniah k dee!!... kalau dekat teringin gak nak ketuk pintu studio k dee nie...:D

Yanti bt Zaini said...

salam kak dee,

waa....ke studio pulak... tahniah, tahniah. moga terus success ye kak dee..

naiz said...

wahh.. kakDeee... dah ada pondok mainan sendiri. kalo naiz lajak p aloq staq buleh p main2 kat situ tak? sukenyaa..... tahniah kakDee..

mamikelate said...

Tahniah....semoga semakin murah rezeki, dipermudahkan segala urusan

Rosh said...

congrats KDee. Nnti kalau pi Aloq Setaq blh singgah tpt Kdee.

faizlily said...

congrats kak D, the studio looks lovely... dah buka? i'm just two blocks away and wish to pay a visit... and meet.. *shy, shy*

Melor said...

tahniah. tumpang seronok tengok

Melor said...

tahniah. seronok kite tengok

Kreatif Bunch said...

kak,
congrats sbb kini mempunyai kraf studio sendiri.. bestnya.. cantik plaks susunatur di studio kak. doa2kan impian sy utk mempunyai studio sendiri pun tercapai..

Zenmawon said...

Silaturahmi, it is great... I can't say anything just alhamdulillah.

Yati said...

Sukanya Yati tengok, kak Dee. Bila la Yati dapat buka macam kak Dee juga. Ada risik dengan Kema juga, tapi belum mampu nak amik stok. Best of luck, kak Dee. :)

Nor Hafinaliza said...

Wahhh KDee..tahniah!! sukernya tgk kejayaan akak ni..semoga terus berjaya ye..ada kesempatan ke sana,nak singgahlah..

hani syahida said...

Teringin nak singgah bila balik AS nanti :)

Sharifah Norizan Syed A Kadir said...

salam kak dee.. tahniah lama pah tak tgk2 blog kak dee tahniah, nnti bol esinggah mase balik arau :)

Sharifah Norizan Syed A Kadir said...

salam kak dee.. tahniah lama pah tak tgk2 blog kak dee tahniah, nnti bol esinggah mase balik arau :)

Sharifah Norizan Syed A Kadir said...

tahniah kak dee.. lama tak visit blog kak dee ni

kueh bakar said...

semoga akak terus berjaya..membuat suatu yang kita suka sangat bagus..'work is play'

selamat berjaya